Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk | Kandungan | Jam | Catatan |
1 | Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
2 | Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
3 | Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
| 6 | Modul |
4 | Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
5 | Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul dan Amali |
6 | Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
7 | Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
8 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
| 6 | Amali |
9 | Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
| 6 | Modul |
10 | Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu § Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa § Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio § Membina bahan video dan audio § Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca. | 6 | Modul dan Amali |
11 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
| 6 | Amali |
12 | Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Modul |
13 | Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
14 | Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 | Amali |
15 | Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
|
0 comments:
Post a Comment